Buah pinggang anda:
Terletak di bahagian belakang, di bawah tulang rusuk.
· Adalah sepasang organ berbentuk kacang.
Setiap buah pinggang anda terdiri daripada sekitar 1 juta unit penapisan yang dipanggil “nefron”.
Fungsi-fungsi buah pinggang
- Membuang bahan kumuh/ toksik
- Mengawal keseimbangan paras air dan elektrolit dalam badan
- Mengawal tekanan darah
- Mengawal penghasilan sel darah merah
- Menghasilkan vitamin D yang aktif untuk kalsifikasi tulang
Apakah Definisi “CKD – Chronic Kidney Disease” – Penyakit Buah Pinggang Kronik?
- Kerosakan buah pinggang yang berlaku sekurang-kurangnya 3 bulan
- Dikesan melalui pemeriksaan air kencing, ujian darah dan juga radiologi (imbasan ultrasound)
Faktor Risiko CKD
- Penyakit kencing manis
- Penyakit tekanan darah tinggi
- Obesiti
- Penggunaan ubat nefrotoksik (contoh: ubat tahan sakit NSAIDs), produk herba atau suplemen yang tidak dikenali
- Umur >65 tahun
- Penyakit (jantung) kardiovaskular
- Gout dan sindrom metabolik
- Penyakit batu karang atau prostat
- Penyakit radang buah pinggang (“glomerulonephritis”)
- Penyakit sistemik atau “automimmune” (contoh: systemic lupus erythematosus SLE)
- Sejarah ahli keluarga yang mempunyai penyakit buah pinggang
Tanda dan Gejala CKD
• Kebanyakan pesakit tidak mengalami gejala pada peringkat awal. Sekiranya fungsi buah pinggang kurang daripada 30%, tanda dan gejala berikut mungkin berlaku:
- Air kencing berbuih (protein dalam air kencing)
- Pembengkakan kaki, muka dan mata
- Kesukaran bernafas
- Penat dan keletihan
- Kurang selera makan, loya dan muntah
- Kegatalan kulit
Tahap CKD
Terdapat 5 tahap CKD. CKD Tahap 5 merujuk kepada Penyakit Buah Pinggang Tahap Akhir (“End Stage Renal Disease – ESRD”).
Langkah-Langkah Pengurusan dan Pencegahan Awal CKD
Kenalpasti punca penyakit buah pinggang kronik (CKD)
Galakkan senaman, penurunan berat badan dan berhenti merokok
Elakkan makanan protein yang berlebihan
Hadkan pengambilan sodium (garam)
Elakkan penggunaan NSAIDs dan ubat nefrotoksik atau suplemen/ ubat herba yang tidak dikenali
Kawalan tekanan darah dan paras gula darah yang optimal
Merawat komplikasi penyakit buah pinggang kronik (CKD), kencing manis atau darah tinggi