“Care for kidney (CKd)” adalah aplikasi kesihatan percuma yang direka khas untuk mempromosikan kesihatan buah pinggang dan memberi pendidikan berkenaan penyakit buah pinggang kronik. Aplikasi ini dihasilkan dalam 3 bahasa – Inggeris, Melayu dan Cina. Kami berhasrat untuk menggalakkan pengurusan diri dan perubahan gaya hidup dengan penggunaan aplikasi ini.
Ciri-ciri utama“Aplikasi CKd”:
- Belajar tentang penyakit buah pinggang kronik (Chronic Kidney Disease, CKD)
- Membolehkan anda memantau bacaan tekanan darah, paras gula darah dan berat badan anda
- Membandingkan keputusan anda dengan sasaran yang ditetapkan oleh doktor anda
- Membolehkan anda merekod laporan ujian darah dan keputusan air kencing seperti profil renal, HbA1c, kolesterol, paras albumin/ protein dalam air kencing dan parameter yang berkaitan dengan CKD
- Rekod kesihatan anda boleh dihasilkan dalam format PDF
- Memastikan anda mematuhi pengambilan ubat pada waktu yang ditetapkan melalui peringatan jam penggera
- Membolehkan anda meletakkan foto setiap yang diambil untuk mudah dikenalpasti
- Memberi informasi terkini dan petua kesihatan buah pinggang untuk tujuan pendidikan
- Membolehkan perkongsian maklumat kesihatan anda dengan pelbagai bidang kepakaran
Aplikasi ini tidak memberikan diagnosis, nasihat atau rawatan perubatan profesional. Nilai sasaran yang ditetapkan di bahagian “Sasaran pesakit” adalah berdasarkan panduan sedia ada untuk populasi umum. Sebaiknya, sasaran perlu disesuaikan mengikut faktor dan risiko anda. Justeru itu, sila dapatkan nasihat doctor berkaitan sasaran yang sesuai dengan anda.
Pengarang utama :
Dr Thong Kah Mean
Penyumbang :
A/Prof Dr Lim Lee Ling
Dr Loh Chek Loong
Dr Alexander Chow Kok Yip
Pakar-pakar Nefrologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
Ditaja oleh :
National Kidney Foundation Malaysia
70, Jalan 14/29, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Pemaju :
Altus Solutions Sdn Bhd
(support.ckd@altussolutions.com.my , +603-40418615)
Rujukan dan sumber:
- Ministry of Health, Malaysia. Clinical Practice Guidelines (CPG) on Management of Chronic Kidney Disease in Adults (second edition) 2018. (Available at http://www.acadmed.org.my)
- Kidney Disease: Improving Global Outcomes (KDIGO) CKD Work Group. KDIGO 2012 Clinical Practice Guideline for the Evaluation and Management of Chronic Kidney Disease. Kidney Inter, Suppl. 2013; 3: 1-150.
- Battelino T, Danne T, Bergenstal RM, et al. Clinical targets for continuous glucose monitoring data interpretation: recommendations from the international consensus on time in range. Diabetes Care 2019;42:1593–1603.
- Kidney Disease: Improving Global Outcomes (KDIGO) CKD Work Group. KDIGO 2020 Clinical Practice Guideline for Diabetes Management in Chronic Kidney Disease. Kidney Int. 2020 Oct;98(4S):S1-S115.
- National Kidney Foundation (NKF): https://nkf.org.my/prevention/education-tools-resources/